Tujuan kunjungan ini untuk mengeratkan kerjasama di antara Jabatan Perikanan Malaysia dan MSAE, dan menggalakkan penglibatan pegawai perikanan khususnya jurutera dalam menjadi ahli kepada MSAE.Selain daripada menghadiri konvesyen pelbagai acara berteraskan teknikal dan kejuruteraan pertanian yang dianjurkan oleh MSAE, Jabatan Perikanan merupakan rakan kerjasama bagi NAFEC 2021 dan NAFEC 2022. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berbahagia, Datuk Haji Mohd Sufian Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, yang telah dilantik sebagai ahli kehormat MSAE.Terima kasih diucapkan kepada Malaysia Society of Agricultural and Food Engineers di atas kunjungan. Semoga kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia dan MSAE akan diteruskan pada masa hadapan.
