Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Kluster Ternakan Ikan Dalam Sangkar Kg. Getang, Hulu Terengganu yang terjejas sepenuhnya semasa bencana banjir pada 27 Feb 2022.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Kluster Ternakan Ikan Dalam Sangkar Kg. Getang, Hulu Terengganu yang terjejas sepenuhnya semasa bencana banjir pada 27 Feb 2022.

22 September 2022

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBhg. Datuk Hj Mohd Sufian bin Sulaiman diiringi YBrs. Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Akademi Perikanan Malaysia serta Pengarah dan wakil Bahagian yg berkaitan ke Projek Kluster Ternakan Ikan Dalam Sangkar Kg. Getang, Hulu Terengganu yang terjejas sepenuhnya semasa bencana banjir pada 27 Feb 2022. Berbekalkan semangat dan kegigihan para penternak di Kg Getang ni telah bangkit semula membangunkan projek ternakan tersebut. Dianggarkan sebanyak 180 unit sangkar telah dihanyutkan sepenuhnya semasa banjir tersebut yang melibatkan 10 orang penternak dan terkini telah mula bangun semula dengan 80 unit sangkar melalui usaha sendiri serta bantuan peruntukan PPSPA yang melibatkan petak sangkar, peralatan pukat, besi hollow, tali dan makanan ikan dengan nilai RM118,000.00.