Program lawatan kerja YBhg. Datuk Haji Mohd Sufian bin Sulaiman, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Syarikat Amir Vision di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Utama » Aktiviti » Program lawatan kerja YBhg. Datuk Haji Mohd Sufian bin Sulaiman, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Syarikat Amir Vision di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

22 September 2022

Pembinaan kapal perikanan moden laut dalam (Zon C2) menggunakan peralatan Pukat Jerut Ikan. Kapal moden sepanjang 29 meter ini adalah memenuhi 12 kriteria pemodenan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kapal ini berhasrat menggunakan tenaga kerja kru tempatan semasa beroperasi. Diharap dengan kewujudan vesel moden seperti ini dapat menarik lebih ramai pengusaha perikanan ke arah pemodenan vesel demi menjamin bekalan ikan negara.