Fisheries Innovation, Demonstration and Transformation Centre-Smart (FIDTEC-S)

Home » Services » Fisheries Extension » Fisheries Innovation, Demonstration and Transformation Centre-Smart (FIDTEC-S)

Latar Belakang

  1. Projek Inkubator Pemprosesan Jabatan Perikanan Malaysia ini adalah projek yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi.
  2. Pewujudan Projek Inkubator Pemprosesan ini telah dilaksanakan semasa Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3) bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berkualiti selain daripada memberi latihan yang bersistematik yang boleh meningkatkan kemahiran serta kepakaran dalam bidang keusahawanan.
  3. Program ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia mengikut zon/wilayah termasuk Sarawak dan W.P Labuan.

Objektif Program

  1. Mewujudkan seberapa ramai usahawan perikanan yang melibatkan diri secara langsung dan aktif dalam menguruskan perniagaan sendiri/kumpulan serta mempunyai daya tahan dan saing dalam sektor perikanan.
  2. Mewujudkan rantaian jaringan di antara sesama usahawan perikanan dan antara usahawan perikanan dengan kumpulan pembimbing usahawan, usahawan sektor lain, pelabur asing, agensi dan semua yang terlibat dalam rantaian perniagaan.
  3. Melahirkan usahawan perikanan yang mampu menilai dan menggunakan teknologi baharu dan teknologi maklumat dalam proses pengeluaran, pemprosesan, memberi perkhidmatan perikanan, pengedaran dan pemasaran produk yang berkualiti, kompetitif dan berinovasi selaras dengan kehendak pengguna.
  4. Membantu dan menggalakkan pengeluaran produk dan perkhidmatan perikanan terpilih dan berkualiti yang dikeluarkan oleh usahawan perikanan supaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara.
  5. Memperluaskan pasaran usahawan perikanan terutama bumiputera dalam sektor perikanan strategik, bidang tumpuan dan bidang yang kurang penglibatan aktif usahawan bumiputera.
  6. Mendorong usahawan perikanan yang berjaya menerusi program ini supaya dapat membantu pula usahawan baharu dan pengusaha kecil dalam bidang perikanan.

Sektor Perikanan Yang Digalakkan

Skop dan sektor perikanan yang berdaya maju dan digalakkan untuk Projek Inkubator Pemprosesan mengikut keutamaan adalah seperti berikut:

  1. Pemprosesan Produk Perikanan Tangkapan (Laut)
  2. Pemprosesan Produk Akuakultur (Air Tawar)

Kumpulan Sasar

  1. Syarikat yang berdaftar di Malaysia dan telah membuat pelaburan di dalam pengeluaran produk berasaskan ikan.
  2. myKomuniti Perikanan (myKP) dan myAgropreneur Perikanan (myAP) yang telah bergiat di dalam pengeluaran produk berasaskan ikan, mendapat sokongan daripada Pejabat Perikanan Negeri serta mengemukakan satu kertas Rancangan Perniagaan dan mampu memperolehi pinjaman dari institusi perbankan.
  3. Individu usahawan bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia yang telah mendapat sokongan dari Pejabat Perikanan Negeri serta mengemukakan satu kertas Rancangan Perniagaan dan mampu memperolehi pinjaman dari institusi perbankan.
  1. Hebahan Tawaran Projek
    • Tawaran untuk memohon sebagai peserta Projek Inkubator Pemprosesan akan dikeluarkan iklan di Pejabat Perikanan Negeri dan Pejabat Perikanan Daerah yang terlibat.
  2. Lawatan Tapak
    • Pengusaha yang berminat perlu membuat lawatan tapak ke Projek Inkubator Pemprosesan yang ditawarkan. Lawatan tapak hendaklah diaturkan oleh Pejabat Perikanan Negeri dan diberi penerangan konsep dan syarat-syarat permohonan kemasukan.
  3. Penyediaan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan
    • Pengusaha hendaklah menyediakan satu Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan cadangan projek untuk mengusahakan Pusat Inkubator Pemprosesan Jabatan. Pengusaha juga perlu menyediakan profil syarikat.
  4. Borang Permohonan
    • Borang permohonan (PIP 1) boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Negeri dan hendaklah dilengkapkan dan dihantar bersama-sama dengan kertas Kerja Projek atau Rancangan Perniagaan. Pejabat Perikanan Negeri akan memanggil satu sesi temuduga kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.
  1. Tempoh penggunaan premis dan kelengkapan peralatan yang diberi untuk Projek Inkubator Pemprosesan adalah selama 3 tahun. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar permohonan kepada Pejabat Perikanan Negeri untuk dibawa ke perakuan Jawatankuasa SPeKS Pengembangan Ibu Pejabat dan kelulusan di peringkat Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Ruang Bangunan, MAFI. Bayaran sewa premis yang dikenakan mengikut kadar penilaian yang diluluskan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
  2. Jabatan akan mengesyorkan tempoh selama 6 bulan untuk pengusaha memasuki premis dan menggunakan kemudahan peralatan dan menjalankan perusahaan secara percuma bagi tujuan penyesuaian peralatan dan latihan kepada pekerja mereka.
  3. Setelah tempoh perjanjian 3 tahun, permohonan untuk melanjutkan tempoh sewaan premis (sekiranya berkaitan) boleh dimajukan kepada Pejabat Perikanan Negeri dengan menggunakan proses permohonan baharu. Jawatankuasa SPeKS Peringkat Negeri akan membuat sokongan dan ulasan kepada Jawatankuasa SPeKS Pengembangan Ibu Pejabat untuk pertimbangan permohonan sebelum di bawa ke Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Ruang Bangunan, MAFI.
  4. Tempoh lanjutan adalah selama 1 tahun sahaja.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Cawangan Inovasi dan Pembangunan Usahawan
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
Aras 3, Podium 1, Blok 4G2, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
62628 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03 – 8870 4000
No. Faks : 03 – 8870 4551

Services