Program myKomuniti Perikanan (myKP) telah dilancarkan pada 4 Disember 2017 oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Perindustrian Asas Tani (MOA) dan dijadikan sebahagian program utama dalam membina ikatan penghubung bersama semua kumpulan sasar Jabatan Perikanan Malaysia bermula pada tahun 2018. Program ini selaras dengan semangat rebranding myDOF dan Aspirasi Perikanan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi di mana ia disusun dan diperkemaskan bagi menyelaraskan semula halatuju yang bersesuaian dengan cabaran masa hadapan negara. Sebanyak 153 myKP telah ditubuhkan sehingga Mac 2021 di seluruh Malaysia.
Sejarah Penubuhan myKP

Visi, Misi dan Matlamat myKP


Program myKP Mengikut Kluster
- myKomuniti Perikanan Nelayan Pantai (myKP-np)
- terdiri daripada nelayan pantai terutama nelayan sampan dan nelayan zon A yang akan disatukan mengikut pangkalan nelayan. Ketua Jaringan Perikanan (KJP) akan bernaung di bawah myKP-np.
- myKomuniti Perikanan Nelayan Darat (myKP-nd)
- terdiri daripada nelayan darat yang akan disatukan mengikut pangkalan nelayan darat. Ketua Jaringan Perikanan (KJP) akan bernaung di bawah myKP-nd.
- myKomuniti Perikanan Industri Asas Tani (myKP-iat)
- terdiri daripada pengusaha pemprosesan produk perikanan berasaskan perikanan yang akan dikelompokkan mengikut daerah dan negeri. Sebarang perancangan dan cadangan pembangunan berhubung produk perikanan akan mengambil kira daripada kesepakatan myKP-iat.
- myKomuniti Perikanan Perikanan Komersial (myKP-pk)
- terdiri daripada pengusaha-pengusaha perikanan komersial iaitu nelayan zon B dan zon C yang akan disatukan mengikut pangkalan nelayan. Ketua Jaringan Perikanan (KJP) akan bernaung di bawah myKP-pk.
- myKomuniti Perikanan Agropreneur Muda (myKP-am)
- terdiri daripada pengusaha-pengusaha yang didaftarkan di bawah Program Pembangunan Agropreneur Muda (UAM), Jabatan Perikanan Malaysia. myKP-am akan dibangunkan di setiap negeri sebagai medium penyaluran maklumat antara jabatan dengan komuniti perikanan agropreneur muda ini.
- myKomuniti Perikanan Akuakultur (myKP-akua)
- terdiri daripada pengusaha dan penternak dalam bidang akuakultur di setiap daerah bagi setiap negeri. myKP-akua akan dijadikan medium penyaluran maklumat antara jabatan dengan komuniti perikanan akuakultur.
- myKomuniti Perikanan Industri Sokongan Perikanan (mykp-isp)
- terdiri daripada pengusaha industri sokongan perikanan (pengusaha ais, pembekal pukat, pembekal enjin dan jentera, pembekal sampan, pengusaha pembuatan vesel, menangkap ikan dan membekal peralatan elektronik bagi kegunaan nelayan) di setiap daerah bagi setiap negeri. myKP-isp akan dijadikan medium penyaluran maklumat antara jabatan dengan komuniti perikanan industri sokongan perikanan.
- myKomuniti Perikanan Renjer (myKP-renjer)
- terdiri daripada nelayan yang berdaftar yang merupakan kumpulan sokongan untuk melaksanakan program pemantauan ke atas semua aktiviti perikanan pantai dan darat setempat. Ia berperanan sebagai media penghubung kepada jabatan demi memastikan pembangunan komuniti perikanan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Kerajaan telah mengambil langkah produktif menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi 1.0 (PRE 1.0) bagi mendepani kesan Covid-19 untuk memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Antara strategi PRE 1.0 adalah memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat. Dalam konteks ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan dua (2) projek iaitu Projek Bantuan Kabin Fisheries Transformation Center (FTC) dan Projek Bantuan Perkakas dan Peralatan Peranti Pengumpulan Ikan (Unjam). Pelaksanaan projek melibatkan 13 buah negeri setelah mengambailkira keperluan komuniti nelayan melalui sesi libat urus yang dijalankan di peringkat negeri.

Pusat Transformasi Perikanan atau Fisheries Transformation Center (FTC) myKP adalah merupakan sebuah pusat operasi bagi myKP yang dibangunkan dengan menggunakan konsep kontena atau kabin mudah alih. Strategi FTC myKP adalah merupakan satu sokongan dan kesinambungan kepada program bantuan berkelompok yang dilaksanakan oleh jabatan kepada kumpulan sasar.
FTC myKP akan berperanan sebagai:
- pusat utama dalam pentadbiran, pengaturan dan pengurusan program serta aktiviti myKP di sesuatu kawasan atau pangkalan
- pemangkin kepada penubuhan lain-lain aktiviti yang bersangkutan rantaian nilai perikanan
- medium penyebaran informasi baharu (one stop center)
- pusat kawalan keselamatan nelayan melalui Program Radio Komunikasi myKP
Program dan aktiviti yang dijalankan adalah bagi meningkatkan tahap sahsiah diri, transformasi permikiran, peningkatan ekonomi, kesedaran kepentingan sumber dan kesejahteraan hidup.
Senarai Fisheries Transformation Center (FTC)


Projek Bantuan Perkakas dan Peralatan Peranti Pengumpulan Ikan (Unjam) melibatkan sebanyak 13 buah myKP di 11 buah negeri di mana myKP digunakan sebagai medium pelaksanaan bagi menepati konsep penyaluran bantuan secara bersasar, berfokus dan memberi impak yang berganda. Unjam ialah peranti pengumpulan ikan yang diguna pakai oleh nelayan pantai bagi membantu operasi penangkapan ikan dan perikanan rekreasi. Kaedah penangkapan ikan dengan bantuan unjam boleh meningkatkan tahap kecekapan penangkapan ikan dan mengurangkan kos operasi nelayan.
Konsep pembinaan dan melabuh unjam secara gotong-royong diterapkan kepada ahli myKP dengan bekalan bahan pembinaan unjam disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. myKP bertanggungjawab dalam mengurus, menjaga dan menyelenggara unjam bagi membolehkan unjam tersebut berfungsi dan memberi manfaat kepada ahli myKP.
Kawasan melabuh unjam pesisir pantai adalah di kawasan perairan di bawah 5.0 batu nautika dari pantai di mana dipengaruhi oleh keadaan bentuk geografi, kedalaman dan pergerakan kadar arus air laut.
Bahan Binaan Asas Unjam
