Bahagian Biosekuriti Perikanan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Biosekuriti Perikanan
BAHAGIAN BIOSEKURITI PERIKANAN UTAMA

Bahagian Biosekuriti Perikanan

Wisma Tani, Aras 2, Podium 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4606

03-8890 3794

Cawangan Kesihatan Ikan dan Awam

  1. Merancang, menyedia, menilai dan mengemaskini polisi/ dasar biosekuriti yang berkaitan dengan pengurusan dan kawalan kesihatan ikan dan kesihatan awam.
  2. Menyelia, melaksana dan mengemaskini pelaksanaan program kawalan rasmi kesihatan ikan dan kesihatan awam melalui program survalen penyakit ikan dan pemantauan keselamatan makanan.
  3. Menyediakan cadangan, notifikasi dan laporan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa (OIE/NACA dll.) berkaitan kesihatan ikan dan kesihatan awam.
  4. Memenuhi keperluan negara pengimport untuk tujuan pengeksportan ikan dan hasilan ikan dari aspek kawalan kesihatan ikan dan kesihatan awam.
  5. Merancang, melaksanakan dan menggalakkan penyertaan awam melalui program pendidikan/ kesedaran, latihan serta taklimat berkaitan pengurusan kesihatan ikan dan kesihatan awam.
  6. Berkolaborasi dengan agensi awam bagi pelaksanaan program pemantauan dan survelan serta membangunkan sistem pengurusan kesihatan ikan dan kesihatan awam.

Cawangan Standard & Kesihatan Makmal

  1. Memberikan perkhidmatan analisis makmal dari aspek kesihatan ikan dan kesihatan awam.
  2. Menyelaras perkhidmatan dan analisis di makmal-makmal, pembangunan sumber manusia serta organisasi bagi memastikan operasi berjalan lancar.
  3. Membangun dan melaksana standard, SOP, peraturan dan dasar Biosekuriti bagi ikan dan hasilan ikan di peringkat domestik dan antarabangsa
  4. Mengumpul, menyelaras dan mengemaskini standard di peringkat domestik dan antarabangsa berkaitan kesihatan ikan dan kesihatan awam.

Cawangan Audit, Pensijilan & CITES

  1. Merancang, menyelaras, dan memperakukan Program Skim Pensijilan Biosekuriti Perikanan MyGAP
    • Hygiene on Board (HOB)
    • Fish Quality Certificate (FQC)
    • Good Manufacturing Practices (GMP) Kilang Makanan Ikan/Tepung Ikan
    • Pusat Penetasan Ikan Luar Negara
    • Merancang dan memantau program pembangunan dan pengukuhan ketrampilan juruaudit biosekuriti perikanan.
  2. Merancang dan menyelaraskan prosedur pengeluaran sijil eksport ikan dan hasilan ikan.
    • Sijil Kesihatan Ikan Hidup.
    • Sijil Kesihatan (Perakuan Bebas Penyakit bagi Hasilan Ikan).
    • Sijil Tempasal Ikan Hidup.
    • Sijil Tempasal Bukan Keutamaan Ikan dan Hasilan Ikan.
    • Merancang, menyelaras, mengurus perakuan dan pengawalseliaan sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan CITES Perikanan Semenanjung Malaysia.

sdmsdmasddskdsldkl;sadl;ksd

  • list
  • list 2
  • list 3