Bahagian Pengembangan Perikanan
- Penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan kepada nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
- Pembangunan industri makanan dan inovasi produk perikanan.
- Pembangunan komuniti perikanan melalui aktiviti pengurusan sumber dan kegiatan ekonomi setempat.
- Pemindahan teknologi moden kepada kumpulan sasar seperti nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
- Perkhidmatan Pengembangan di dalam sektor perikanan laut, darat, akuakultur dan industri makanan.
- Pengukuhan kemahiran kumpulan sasar kepada pengusaha dan industri perikanan.
- Penyebaran promosi dan informasi.
Cawangan Pengembangan & Komuniti Perikanan
- Menyelia dan menyelaras sistem perkhidmatan pengembangan Jabatan Perikanan Malaysia.
- Menyelia dan menyelaras program sokongan perkhidmatan pengambangan jabatan melalui pendekatan komuniti perikanan (myKP) dan individu (KJP) bersama kumpulan sasar, penternak dan pengusaha perikanan.
- Menyelia, menyelaras dan mendapatkan maklum balas isu semasa perikanan melalui program libat urus (engagement) yang dilaksanakan di peringkat lapangan bersama kumpulan sasar jabatan kepada pihak atasan jabatan untuk tindakan penyelesaian.
- Menyelia,menyelaras, merancang dan menilai program khidmat pengembangan perikanan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah kepada komuniti perikanan.
- Menyelia, menyelaras dan melaksanakan metodologi iPP (Integrasi Pengembangan Perikanan) kepada kakitangan pengembangan bagi program pengukuhan, pemantauan, penilaian dan audit program komuniti perikanan.
- Menyelia dan menyelaras program bantuan khidmat sokongan pengembangan perikanan kepada kumpulan sasar.
- Menyelia dan melaksanakan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di bawah Projek Perumahan Nelayan Darat (PPND).
- Menyelia, merancang dan menyelaras program transformasi kumpuan sasar melalui pendekatan perkhidmatan pengembangan seperti majlis interaksi, kempen kesedaran, taklimat pemindahan teknologi, konvensyen, bengkel, seminar dan demonstrasi.
- Menyelia dan melaksanakan program elaun sara hidup dan kajian sosio ekonomi nelayan darat. Melaksanakan Projek perintis Teknologi Baru yang berasaskan pendekatan ekosistem & kesukarelawanan.
Cawangan Promosi & Informasi
- Menyelia, menyelaras dan melaksanakan program pameran dan promosi Jabatan bagi memastikan kumpulan sasar dan orang awam mendapat maklumat Jabatan.
- Merancang dan menyelia perolehan dan pencetakan bahan-bahan Penerbitan Jabatan bagi memastikan kakitangan, kumpulan sasar dan orang awam mendapat maklumat Jabatan.
- Menyediakan kepakaran Jurugambar, Peralatan Audio Visual dan Bahan Cetakan kepada Kementerian/ Agensi/Pejabat Negeri, termasuk pihak swasta bagi persediaan pameran, penerbitan bahan-bahan bercetak dan media elektronik berkaitan industri perikanan.
Cawangan Inovasi & Pembangunan Usahawan
- Menyelia dan menyelaras aktiviti pemindahan teknologi dan inovasi perikanan.
- Menyelaras dan melaksana program pembangunan usahawan perikanan.
- Menyelaras program pengukuhan kemahiran teknikal dalam & luar negara.
- Menyelaras aktiviti pemantapan Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan & Pusat Inkubator Jabatan Perikanan.
- Menyelia dan melaksana Program Demonstrasi Insitu dan Program Pendedahan Industri.
- Melaksanakan program bengkel dan seminar pemindahan teknologi.
- Memberi khidmat nasihat dan teknikal teknologi baru kepada kumpulan sasar.
- Menjalankan percubaan dan penyesuaian teknologi & inovasi.
- Menyelaras program pembangunan usahawan di bawah MAFI seperti Program Agropreneur Muda, Agropelancongan, Geran Pemadanan Industri Makanan CUP dan HIP serta Rezeki Tani
