Cawangan Pembangunan Laut Dalam
Dasar dan Polisi
- Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan / pindaan berkaitan pelesenan vesel penangkapan ikan laut dalam.
- Penyediaan Kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur Pelesenan laut dalam.
Pengurusan Pelesenan, Rayuan dan Permit
- Menilai, melaksana dan memantau pelesenan vesel laut dalam melalui sistem e-Lesen, pemeriksaan khas fizikal vesel dan program pemutihan ke atas vesel laut dalam berdasarkan keperluan domestik dan antarabangsa.
- Mengumpul, menilai dan menyelaras maklumat pengurusan, kawalan dan profil serta data industri pelesenan perikanan laut dalam.
- Mencadang, menilai dan melaksana permohonan permit dan lesen vesel serta peralatan menangkap ikan dan rayuan termasuk vesel Menunggu Peranti Pengumpul Ikan (MPPI).
Pematuhan, Rayuan, Naziran
- Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan, rayuan.
Pembangunan dan Konsultansi
- Merancang ,menyelaras, melaksana dan memantau program/projek berkaitan pembangunan pemodenan vesel penangkapan ikan.
- Mencadang, menilai dan melaksanakan dasar dan pembangunan modal insan.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan Industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan laut dalam.
Cawangan Pelesenan
Dasar dan Polisi
- Mencadang, membangun, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur, syarat dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan pantai, nelayan, kerang-kerangan.
- Penyediaan Kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur Pelesenan laut pantai.
Pengurusan Pelesenan, Rayuan Permit dan Pensijilan
- Menyelaras dan memantau data pelesenan perikanan tangkapan.
- Membangun, melaksana, menilai dan memantau pelesenan perikanan pantai (aktiviti pelesenan dan sistem e-Lesen, Rekod Pendaftaran Vesel Penangkapan Ikan (MFVR, electronic Catch Documentation Traceability Scheme eCDT ).
- Menyelaras dan membangun prosedur pensijilan Perikanan Tangkapan bagi tujuan eksport.
- Menyelaras Program Pemodenan Vesel Zon A dan Zon B.
- Pelaksanaan sistem eACDS.
Pembangunan dan Konsultansi
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembangunan perikanan pantai, pemeriksaan fizikal, permohonan lesen baru, naziran, pemutihan, konsultasi, pemeriksaan khas vesel, kelulusan pengecualian khas dan rayuan.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan pantai.
- Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan berkaitan perikanan laut pantai di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.
Cawangan Pembangunan Tuna
Dasar dan Polisi
- Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar prosedur dan peraturan baru dan sedia ada serta semakan/pindaan berkaitan mengenai pelesenan tuna termasuk pematuhan kepada resolusi IOTC yang berkuat kuasa dan undang-undang antarabangsa dan domestik.
- Penyediaan Kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur Pelesenan Tuna.
Pematuhan, Pengurusan Pelesenan, Permit
- Merancang, melaksana dan memantau penangkapan dan pendaratan tuna serta Port State Measures (PSM) dan menyediakan pelaporan pematuhan dan data tangkapan IOTC.
- Mengurus permohonan permit baru vesel penangkapan dan peralatan penangkapan Ikan tuna.
- Melaksana, menilai dan memantau aktiviti pelesenan tuna dan pengeluaran Authorization to Fish (ATF) di perairan antarabangsa (Lautan Hindi).
- Pematuhan dan pelaksanaan Resolusi IOTC oleh vesel-vesel yang beroperasi di Laut lepas (IOTC).
Pembangunan dan Konsultansi
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau program/projek berkaitan pembangunan perikanan tuna dan rantaian Industri Tuna.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi (MPI) Tuna bersama pihak berkepentingan berkaitan Industri Tuna.
- Melaksanakan hebahan potensi perikanan tuna sebagai sumber kekayaan baharu.
- Menyelaras pembangunan industri tuna berdasarkan kepada Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021 – 2030.
Cawangan Pemuliharaan Sumber & Rekreasi
Dasar dan Polisi
- Merancang, membangun, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan rekreasi.
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembangunan perikanan rekreasi.
- Menggubal, mewarta dan melaksana Peraturan-Peraturan Perikanan berkaitan perikanan rekreasi kelautan.
- Penyediaan kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur perikanan rekreasi kelautan.
Pengurusan Pelesenan dan Pendaftaran
- Membangun, melaksana, menilai dan memantau pendaftaran / pelesenan bagi aktiviti perikanan rekreasi kelautan.
- Menyelaras dan memantau penggunaan Sistem e-Rekreasi.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri / konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan rekreasi.
- Menyelaras, menilai, menyedia maklumat dan maklumbalas / laporan kepatuhan berkaitan perikanan rekreasi kelautan di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.
Pembangunan dan Konsultansi
- Melaksanakan program promosi, hebahan, publisiti dan libat urus bersama pihak berkepentingan.
