Bahagian Perlindungan Sumber

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Perlindungan Sumber
Bahagian Perlindungan Sumber

Bahagian Perlindungan Sumber

Wisma Tani, Aras 5,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4058

03-8889 1786

Mengurus sumber perikanan negara secara mampan

Menjamin bekalan protein makanan melalui program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (monitoring, control and surveillance/MCS) berdasarkan undang-undang persekutuan dan negeri dan juga pematuhan kepada instrumen-instrumen antarabangsa.

Melindungi sumber perikanan negara supaya cukup dan terpelihara untuk kegunaan pada masa sekarang dan untuk generasi yang akan datang

Melaksanakan program penguatkuasaan akta perikanan 1985, peraturan- peraturan perikanan di bawahnya serta akta-akta berkaitan yang lain dan juga Enakmen/Kaedah-Kaedah Perikanan Darat/Sungai di negeri-negeri.

Menjaga keselamatan dan melindungi kepentingan nelayan

Melalui program perhubungan sistem komunikasi (komunikasi radio), pengurusan aduan dan konflik dilakukan termasuk isu persempadanan dengan negara jiran dan juga membantu dalam mencari dan menyelamat (search and rescue) semasa kecemasan.

Bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain

Melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan seperti Akta Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia 1984 serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dalam perairan perikanan Malaysia.