Bahagian Taman Laut & Pengurusan Sumber

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Taman Laut & Pengurusan Sumber

Bahagian Taman Laut & Pengurusan Sumber

Wisma Tani, Aras 3,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA
Emel: btlps@dof.gov.my
Web: https://devmarinepark.dof.gov.my

03-8870 4005

03-8881 1086

Cawangan Pembangunan Taman Laut & Perlindungan Marin (CPTLPM)

Merancang dan menguruskan dasar dan polisi MPA:

  1. Mencadang dan menilai penggubalan/pindaan/semakan dasar dan perundangan berhubung dengan kawasan perlindungan marin;
  2. Merancang dan melaksanakan proses Pewartaan Taman Laut dan MPA baharu;
  3. Merancang, memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Strategik dan hala tuju Bahagian;
  4. Pembentukan dan Semakan Semula Pelan Pengurusan Taman Laut dan pembentukan Garis Panduan berkaitan Taman Laut;
  5. Merancang penambahbaikan sistem kutipan fi, perolehan tiket fi Taman Laut dan semakan Perintah Fi Taman Laut bagi pelaksanaan Fi Pemuliharaan dan Fi Aktiviti Taman Laut (Pindaan 2017); dan
  6. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengatasi isu ancaman setempat. (cth: pencemaran, tumpahan minyak, marine debris, kumbahan, adaptasi dan mitigasi ancaman perubahan iklim dunia).

Merancang pengurusan, pembangunan fizikal dan aktiviti MPA yang mampan:

  1. Merancang dan menyelaras pengurusan, pembangunan serta pengoperasian Taman Laut dan kawasan perlindungan marin;
  2. Membuat pemantauan aktiviti pembangunan fizikal di Taman Laut dan kawasan perlindungan marin serta menyediakan ulasan berkaitan aktiviti pembangunan yang dirancang di Taman Laut supaya tidak memberi impak kepada biodiversiti marin;
  3. Pelaksanaan penilaian keberkesanan Pengurusan Taman Laut (MEAT) dan kawasan perlindungan marin;
  4. Merancang dan menguruskan tapak selam dan kawasan rekreasi air;
  5. Merancang pengurusan aktiviti ekopelancongan di Taman Laut dan kawasan perlindungan marin; dan
  6. Merancang, menyedia dan memantau kemudahan ekopelancongan.

Menyelaras Pengurusan Korporat dan Keurusetiaan:

  1. Memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Strategik dan hala tuju Bahagian;
  2. Menyelaras dan melaporkan KPI Bahagian;
  3. Merancang, menyelaras dan menyediakan dokumen bagi pelaksanaan Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut (MPKTLRL) dan Jawatankuasa Kerja MPKTLRL;
  4. Menyelaras peruntukan bagi Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber (Peruntukan Mengurus, Peruntukan Pembangunan, Peruntukan Tabung Amanah Taman Laut Rizab Laut dan lain-lain); dan
  5. Menguruskan proses perolehan tanah dan menyimpan rekod-rekod tanah untuk kegunaan bahagian.

Memberikan Khidmat Nasihat Berhubung MPA:

  1. Mengulas permohonan kajian/penyelidikan di Taman Laut yang dilaksanakan oleh NGO, IPTA/IPTS, badan korporat dan lain-lain;
  2. Menyediakan nota intervensi kepada organisasi antarabangsa dan agensi tempatan bagi isu-isu mengenai Taman Laut dan MPA;
  3. Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal Antarabangsa dan Kebangsaan berkaitan Taman Laut dan MPA (CBD, ICRI, CTI, Refugia, Musim Tertutup dan lain-lain berkaitan); dan
  4. Menyediakan input dan khidmat nasihat bagi isu berkaitan Taman Laut (SDG, parlimen dan lain-lain).

Cawangan Pengurusan Sumber Perikanan (CPSP)

Bertanggungjawab merancang dan menguruskan dasar dan polisi sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi:

  1. Mencadang dan menilai penggubalan/pindaan/semakan dasar dan perundangan berhubung dengan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi;
  2. Merancang dan melaksanakan proses pewartaan/pengezonan kawasan sumber perikanan (termasuk kerang-kerangan dan karang) dan habitat spesies terancam/dilindungi;
  3. Merancang kawasan berkomuniti yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai EAFM;
  4. Menyedia, menyemak, mengurus dan menilai pelan tindakan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi (NPOA, EAFM dll);
  5. Mengurus dan menilai pelaksanaan Pelan Pengurusan Perikanan (FMP) bagi komponen pengurusan sumber perikanan;
  6. Menyelaras dan menilai keberkesanan Pasukan Petugas Kebangsaan Rangkaian Kedamparan Spesies Terancam/Dilindungi Marin Malaysia; dan
  7. Mengulas permohonan kajian/penyelidikan di perairan marin Malaysia yang berkaitan dengan sumber perikanan yang dilaksanakan oleh NGO, IPTA/IPTS, badan korporat dan lain-lain.

Menilai perancangan dan pelaksanaan cadangan projek pembangunan dalam perairan negara bagi menjamin kemampanan pengurusan sumber perikanan dan dan spesies terancam/dilindungi:

  1. Mengumpul data projek pembangunan dalam perairan negara dengan mengadakan kerjasama bersama jabatan/agensi kerajaan yang terlibat (PHN, MYSA, MacGDI dll);
  2. Menyediakan ulasan teknikal untuk DOF bagi permohonan cadangan projek pembangunan dalam perairan negara (perlombongan pasir dasar laut di bawah Akta Pelantar Benua 1966, carigali petroleum/kabel optik di bawah seksyen 21 & 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dll);
  3. Menyediakan ulasan teknikal untuk Bahagian Perancangan dan Pembangunan bagi permohonan cadangan projek pembangunan dalam perairan negara seperti penambakan laut dan laporan EIA; dan
  4. Memberi notifikasi/makluman kepada Jabatan Perikanan Negeri yang terlibat mengenai aktiviti pembangunan di laut (korek pasir/carigali petroleum/kabel optik dll).

Merancang pengurusan, pembangunan fizikal dan aktiviti pengurusan sumber perikanan dan dan spesies terancam/dilindungi:

  1. Merancang dan menyelaras pengurusan, pembangunan serta pengoperasian pusat-pusat konservasi/sanctuari/pemuliharaan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi terutama penyu;
  2. Membuat pemantauan aktiviti pembangunan fizikal dan menilai keberkesanan pengurusan di pusat-pusat konservasi/sanctuari/ pemuliharaan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi terutama penyu;
  3. Pelaksanaan program/projek nasional dan antarabangsa yang melibatkan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi (CTI, MMPA, MOU penyu dll);
  4. Menilai dan mengambil tindakan susulan berhubung hasil kajian/penyelidikan yang dijalankan oleh FRI, NGO, IPTA/IPTS, badan korporat dan lain-lain; dan
  5. Memproses permohonan berkaitan spesies terancam/dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.

Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan tindakan keurusetiaan pengurusan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi:

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti pembangunan sumber perikanan marin berdasarkan peruntukan sedia ada;
  2. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa teknikal antarabangsa dan kebangsaan berkaitan pengurusan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi (CBD, CTI, RFZPPN, JTMM, JTPP, OSC, JKZEE dll).
  3. Merancang, menyelaras dan menyediakan dokumen bagi pelaksanaan penganjuran mesyuarat utama seperti Jawatankuasa Induk Pengurusan Dan Pemuliharaan Spesies Marin Terancam dan Dilindungi (JK SMAT), Jawatankuasa Teknikal Pengurusan dan Pemuliharaan Spesies Marin Terancam dan Dilindungi (JT SMAT), Jawatankuasa Kebangsaan EAFM, Jawatankuasa Pasukan Petugas Kedamparan Spesies Terancam/Dilindungi dll);
  4. Menyediakan nota intervensi kepada agensi tempatan dan organisasi antarabangsa bagi isu-isu mengenai sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi;
  5. Menyediakan input dan khidmat nasihat bagi isu berkaitan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi (MPJP, JPJP, parlimen dll).

Cawangan Konservasi Ekosistem & Biodiversiti (CKEB)

Menjalankan Underwater Surveilance bagi pematuhan Bahagian IX Akta Perikanan 1985:

  1. Pemantauan dasar laut bagi pematuhan Bahagian IX Akta Perikanan;
  2. Menguruskan aset logistik dan peralatan unsur laut di Taman Laut; dan
  3. Menjalankan siasatan bagi kes-kes kematian/kerosakan ekosistem akuatik dan sumber perikanan.

Menyelaras dan melaksanakan aktiviti kajian bagi ekosistem akuatik dan sumber perikanan:

  1. Mengenalpasti bidang kajian utama dan maklumat yang diperlukan dalam menyokong pengurusan Taman Laut dan Sumber Perikanan;
  2. Mendapatkan maklumat saintifik ekosistem akuatik dan sumber perikanan;
  3. Menyediakan maklumat saintifik bagi kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan perlindungan perikanan; dan
  4. Merancang dan menyelaras aktiviti kajian bersama Pusat Penyelidikan Taman Laut Negara bagi kajian yang dilaksanakan di Taman Laut.

Menjalankan Pemantauan Ekosistem Akuatik dan Sumber Perikanan:

  1. Menjalankan pemantauan dan inventori perikanan darat;
  2. Melaksanakan pemantauan berkala bagi sekitaran marin dan sumber perikanan;
  3. Menyediakan pelaporan berkala bagi status ekosistem akuatik dan sumber perikanan; dan
  4. Mengenalpasti isu dan ancaman terhadap habitat dan ekosistem akuatik.

Melaksanakan aktiviti rehabilitasi ekosistem akuatik dan sumber perikanan:

  1.  Mengenalpasti kawasan yang mengalami degradasi;
  2. Melaksanakan aktiviti rehabilitasi bagi pemuliharaan ekosistem akuatik dan sumber perikanan (pelepasan benih ke perairan umum; restorasi karang dll);
  3. Mengenalpasti dan membuat pemetaan lokasi dan habitat di dalam perairan Taman Laut yang berisiko terancam dan melaksanakan program/aktiviti pemuliharaan yang bersesuaian seperti restorasi karang dan lain-lain; dan
  4. Menjalankan pengurusan tukun dan unjam bagi pemuliharaan sumber perikanan.

Menyedia dan menguruskan pangkalan data sumber perikanan:

  1.  Pengolahan dan penyimpanan Pangkalan Data kawasan perlindungan taman laut dan perairan Malaysia (Marine Park Management Information System, MPMIS dan Marine Park Data Centre, MPDC);
  2. Penganalisaan data raya secara spatial dan temporal kepada bentuk Geospatial (spesies, habitat dan status kesihatan terumbu karang dan lain-lain);
  3. Menghasilkan peta habitat dan sumber perikanan;

Mengurus dan memproses permit serta Remitan fi:

  1.  Mengurus dan memproses permohonan permit kajian;
  2. Mengurus dan memproses sebarang permohonan aktiviti (selain kajian) dibawah Seksyen 43;
  3. Mengurus dan memproses Permohonan Remitan Fi; dan
  4. Menyelia dan menjalankan audit pematuhan Perintah Fi (Taman Laut)

Cawangan Kolaborasi & Kesedaran Awam (CKKA)

Melaksana dan menguruskan kerjasama/kolaborasi strategik dengan pemegang taruh:

  1. Menjalankan jalinan kerjasama dan memperkukuh konsultasi bersama kumpulan sasar terutama bagi gerak kerja MPA baharu;
  2. Mewujudkan dan memperkasakan jaringan kerjasama dengan kumpulan sasar (NGO, pengusaha resort, badan korporat, GLC dll); dan
  3. Melaksanakan pembangunan kapasiti komuniti MPA dengan kemahiran alternative livelihood serta menggalakkan penglibatan komuniti setempat.

Merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam:

  1. Menjalankan aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat awam;
  2. Menyedia dan mengemaskini bahan informasi di pusat-pusat informasi seliaan BTLPS (seperti: Pusat Informasi Taman Laut, Pusat Informasi Penyu, Refugia, dan Kingdom of Shark dll);
  3. Membangun dan mengurus media sosial (Portal Taman Laut Malaysia: Facebook, Youtube, dll) dan aplikasi mobil (e-Kuiz, e-Perpustakaan, dll); dan
  4. Memantau dan menilai keberkesanan Program Pendidikan dan Kesedaran Awam.

Merancang, membangun, menyediakan bahan penerbitan dan publisiti:

  1. Menerbit dan menyediakan bahan maklumat Taman Laut dan Pengurusan Sumber dalam bentuk media cetak dan media elektronik untuk sebaran am;
  2. Menerbitkan kompendium dwi tahunan dan laporan tahunan BTLPS; dan
  3. Pengeluaran maklumat berkala dalam bentuk “fact-sheet” Taman Laut dan Pengurusan Sumber.

Mengurus program pembangunan kapasiti BTLPS:

  1.  Melaksanakan kursus-kursus teknikal anjuran BTLPS; dan
  2. Bertindak sebagai Urus setia Latihan Bahagian.