1. Memberi jawapan kepada setiap permohonan untuk mengikuti kursus berjadual yang dianjurkan oleh Jabatan selewat-lewatnya empat belas (14) hari selepas permohonan diterima.
2. Memberi perkhidmatan perhubungan dua puluh empat (24) jam melalui Pusat Kawalan Operasi bagi membantu kumpulan sasar yang menghadapi kesulitan atau bencana.
3. Mengeluarkan Sijil Tempasal dalam tempoh satu (1) hari dan Sijil Kesihatan Ikan Hidup dan Sijil Sanitasi yang hendak dieksport dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan permohonan.
4. Memperbaharui semua lesen peralatan dan vesel menangkap ikan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh penerimaan permohonan setelah mematuhi semua syarat-syarat pembaharuan lesen.
5. Keputusan bagi kes-kes tangkapan yang ditawarkan kompaun diputuskan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan maklumat kes dan kertas siasatan yang lengkap.
6. Melayani dan mengambil tindakan ke atas setiap aduan awam dalam tempoh empat belas (14) hari.
7. Memberi maklumbalas dan laporan ke atas segala permohonan perkhidmatan analisa makmal dalam masa sepuluh (10) hari.
*Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Perikanan Malaysia dikemaskini secara tahunan.
Arkib Pencapaian Piagam Pelanggan