Sejarah Jabatan Perikanan telah melalui beberapa fasa penubuhan apabila kerajaan British mula menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Seterusnya ia melalui fasa selepas perang dunia kedua dan kemerdekaan, kemudian penambahbaikan dilakukan melalui Dasar Ekonomi Baru sehingga kini.

1915 – 1920
En. H.C. Robinson
Pengarah
Jabatan Perikanan dan Muzium1920 – 1922
En. C.F. Green
Pengarah
Jabatan Perikanan dan Muzium1922 – 1946
En. David G. Stead
Pengarah
Jabatan Perikanan British Malaya1915 – 1920
En. D.W. LeMare
Pemangku Pengarah
Jabatan Perikanan Malayan Union & Singapura1951 – 1957
En. D.W. LeMare
Pengarah
Jabatan Perikanan Pan-Malaya1957 – 1971
En. Soong Min Kong
Pemangku Pengarah
Bahagian Perikanan, Kementerian Pertanian & Syarikat Kerjasama1971 – 1987
YM Tengku Dato’ Ubaidillah bin Abd. Kadir
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia1987 – 1996
YBhg. Dato’ Shahrom bin Hj. Abd. Majid
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia1996 – 2000
YBhg. Dato’ Mohd Mazlan bin Jusoh
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia2000 – 2003
YBhg. Dato’ Hashim bin Ahmad
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia2003 – 2010
YBhg. Dato’ Junaidi bin Che Ayub
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia2010 – 2014
YBhg. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia2015 – 2017
YBhg. Datuk Hj. Ismail bin Abu Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia2017 – 2020
YBhg. Dato’ Hj. Munir bin Hj. Mohd Nawi
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Evolusi Logo Jabatan Perikanan Malaysia
- 1971 SEHINGGA 1987
- 1987 SEHINGGA 1994
14 NOVEMBER SEHINGGA KINI
Lagu Jabatan Perikanan Malaysia
LAGU DASAR JABATAN
(1991 sehingga 2013)
Ikrar kita pasti laksana
Dasar Jabatan Perikanan
Harus membantu dan juga memaju
Penternak dan nelayan
Mari kita sama berikrar
Tingkatkan semangat bekerja
Sedia berbakti pada negara
Itulah sumpah setia
Tabah semangat dan berusaha
Hadapi segala cabaran
Tekun kerja tingkatkan disiplin
Kita akan berjaya
Sama-sama berganding bahu
Capaikan hasrat cita murni
Sedia berkhidmat di mana saja
Bersatu kita maju
Penulis Lirik : Dato’ Johari Ramli
MENERAJUI PERUBAHAN
(2013 sehingga 2019)
Wawasan digalas bersama
Membawa panji-panji perubahan
Lembah dan lautan diharungi
Segala rintangan kita tempuhi
Janji kita ditepati kejayaan menghampiri
Kita warga Jabatan Perikanan
Harus berbangga dan megah
Kejayaan kita milik bersama
Perikanan menuju ke puncak jaya
Langkah kita teruskan semangat semakin membara
Merempuh segala halangan dengan misi yang gagah
Menerajui perubahan perikanan negara dipersada dunia
Kita warga Jabatan Perikanan
Harus berbangga dan megah
Kejayaan kita milik bersama
Perikanan menuju ke puncak jaya
Oo… Kita warga Jabatan Perikanan
Harus berbangga dan megah
Kejayaan kita milik bersama
Perikanan menuju ke puncak jaya
Perikanan menuju ke puncak jaya
Penulis Lirik : En. Mohamad Shaupi Derahman
Gubahan : Rima Rashid
SATRIA PERIKANAN
(2019)
Semangat kita membara
Makmurkan perikanan negara
Biar merentas samudera
Lakarkan gelombang cita
Dari sungai mengalir ke laut terbentang
Beribu kehidupan untuk semua
Jabatan Perikanan Malaysia
Setiaku lestari selamanya
Kanku berjuang bagaikan satria
Melindungi khazanah kita
Samudera biru menjadi saksi
Kejayaan pasti dimiliki
Jabatan Perikanan Malaysia
Penulis Lirik : Jabatan Perikanan Malaysia
Gubahan : Insp. Mohd Nor Effendy Mohd Yusof