Dalam Lawatan ini, beliau telah diberi taklimat terkini mengenai proses dan kemajuan pembuatan bot-bot peronda Jabatan Perikanan Malaysia. Selain itu, tujuan lawatan kerja ini juga bagi melihat sendiri aktiviti pembinaan bot yang diperbuat sepenuhnya daripada aluminium oleh pihak syarikat. Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), YBrs. Tuan Mohd Mohtar bin Mahamud, Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Tuan Haji Abdul Halim bin Marzuki, dan Pengarah Bahagian Perlindungan Sumber, Tuan Haji Bakri bin Miswan.
