Lawatan kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Ke Arah Pertanian Organik – Bengkel Pemprosesan Isi Ikan di Kuala Kedah, Kedah.

Utama » Penerbitan » Lawatan kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Ke Arah Pertanian Organik – Bengkel Pemprosesan Isi Ikan di Kuala Kedah, Kedah.

Bengkel Pemprosesan Isi Ikan ini di usahakan oleh Mohd Farizal Bin Abd Majid yang membekalkan ikan segar di sekitar Kuala Kedah. Produk isi ikan ini juga turut diedarkan kepada pengusaha-pengusaha produk tempatan yang berasaskan isi ikan. Selain membekalkan ikan segar, bengkel ini juga turut mengusahakan produk keropok lekor serta serunding ikan dan telah memasarkan produk tersebut sehingga ke Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu. Encik Mohd Farizal telah menerima Dana Jaminan Makanan (DJM) sebanyak RM50,000 daripada Jabatan Perikanan Malaysia bagi mengembangkan lagi perniagaan ke pasaran yang lebih luas. Menurut rekod, bengkel pemprosesan ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 81,405 kg dan mencatat jualan sebanyak RM268,596 bagi tahun 2021. Lawatan kerja kali ini turut melawat ke Tapak Projek Pangkalan Perlindungan Sumber Kuala Kedah dan diiringi oleh Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Encik Sukri Bin Deris.