Syarikat Asuko Genius Sdn. Bhd. telah beroperasi sejak 2010 dengan modal persendirian dan mula didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan Negeri Johor pada tahun 2020. Syarikat ini juga mendapat kerjasama khidmat nasihat teknikal daripada FRI Glami Lemi dalam usaha membangunkan projek penyelidikan dan penternakan kelah. Sehingga kini projek ini merangkumi aktiviti pembangunan induk, pembenihan dan ternakan ikan kelah serta makanan hidup (moina). Projek ini dilengkapi dengan fasiliti untuk pembenihan dan ternakan di mana terdiri daripada 19 kolam tanah dan lebih 17 tangki simen.
