Operasi MARDOF Siri 01/2022 (OP MARDOF) adalah eksesais bersama antara Agensi Penguatkuatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam memperkasakan kemahiran teknikal penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan kepakaran pengendalian siasatan terutamanya berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.Kerjasama ini juga dilihat sebagai satu inisiatif kedua-dua agensi membangunkan keupayaan sumber manusia sejajar dengan tuntutan semasa terutamanya dalam menangani isu-isu melibatkan Akta Perikanan 1985 berikutan perubahan syarat dan peraturan berkaitan pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kepada warga asing yang terlibat dalam aktiviti perikanan.OP MARDOF telah dilaksanakan pada 15 Januari hingga 25 Februari 2022, melibatkan sektor operasi di perairan Perak (OP MARDOF BARAT), Labuan (OP MARDOF LABUAN), Pahang (OP MARDOF TIMUR) dan Bintulu, Sarawak (OP MARDOF BINTULU) dengan melibatkan 23 aset laut kedua-dua agensi serta dua aset udara Maritim Malaysia.Fokus operasi lebih tertumpu kepada pemeriksaan vesel dan kru, serta kempen kesedaran keselamatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan berkaitan Akta Perikanan 1985.Melalui aktiviti pemeriksaan dan operasi di laut, terutamanya di sekitar Zon A telah memanfaatkan komuniti nelayan tradisional menjalankan aktiviti perikanan tanpa perlanggaran atau pencerobohan zon aktiviti perikanan oleh bot nelayan tempatan Kelas B dan Kelas C, bot pukat tunda, penggunaan bubu naga serta bot nelayan asing.Secara keseluruhannya OP MARDOF Siri 01/2022 telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya hasil kerjasama erat kedua-dua agensi dalam usaha mencapai misi dan objektif yang sama, serta ‘best practice applicable’ demi kelangsungan sekuriti sumber hasil laut dan kesejahteraan perairan negara.
