Pengenalan
Bahagian Pembangunan Akuakultur dipertanggungjawabkan untuk memberi khidmat nasihat teknikal kepada para penternak meliputi kaedah ternakan, cara penuaian ikan, kaedah penyimpanan ikan dan sebagainya. Selain daripada itu, Pusat Pengembangan Akuakultur juga memberikan khidmat nasihat secara teori dan praktikal. Jabatan juga mempunyai beberapa Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) yang menjalankan aktiviti khidmat nasihat iaitu di:
- PPA Jitra di Kedah
- Pusat Ikan Hiasan di Enggor, Perak
- PPD Banding di Perak
- PPA Tapah di Perak
- PPUG Kg Acheh di Perak
- Pusat Ikan Hiasan di Port Dickson, Negeri Sembilan
- PPA Bukit Tinggi di Pahang
- PPA Perlok di Pahang
- PPA Machang di Kelantan
Para penternak juga boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri atau Pejabat Perikanan Daerah yang terdekat untuk mendapatkan khidmat nasihat teknikal.
Keluasan
14.06 hektar
Beroperasi
1974
Spesies Ternakan
Tilapia
Fungsi
- Menjadi pusat demontrasi dan penyebaran teknologi terbaru kepada kumpulan sasar melalui program latihan dan pengembangan seperti program pembangunan sistem akuakultur, dan aspek pembiakan ikan bagi mengenalpasti teknik terbaik pengeluaran benih ikan.
- Menjadi pusat pengeluaran baka spesies ikan tilapia bagi memastikan penternak memperolehi benih ikan berkualiti.
- Menjadi pusat pembangunan induk dan pembiakan ikan asli bagi membiakkan dan mengeluarkan benih ikan asli bagi program pelepasan umum dan aktiviti pemuliharaan sumber.
- Menjadi pusat bagi aktiviti khidmat pengembangan akuakultur dan khidmat nasihat dalam aktiviti pengurusan ternakan, pemakanan, kualiti air, pengeluaran benih dan penyakit ikan.
Fungsi
- Sebagai Pusat Menyelamat bagi ikan arowana dan ikan hiasan air tawar.
- Menyediakan khidmat pengembangan akuakultur melalui latihan insitu, kajian tapak, kajian penyakit, lawatan lapangan dan pameran serta demonstrasi.
- Pengeluaran benih ikan air tawar termasuk ikan hiasan dan tumbuhan akuatik bagi tujuan edaran dan pelepasan perairan umum.
- Menjalankan latihan/kursus teknikal kepada kumpulan sasar, kakitangan dan agensi berminat.
Keluasan
4.25 hektar
Beroperasi
1935
Spesies Ternakan
Benih Ikan Air Tawar
Fungsi
- Mengeluarkan benih ikan air tawar untuk edaran kepada penternak ikan sebagai langkah menyokong pengeluaran akuakultur negara.
- Berperanan dalam usaha konservasi sumber perikanan darat dengan mengeluarkan benih ikan asli untuk pelepasan diperairan umum.
- Menyediakan bantuan khidmat nasihat teknikal kepada penternak akuakultur termasuk kajian mutu air, kursus sangkut dan banyak lagi.
- Menjadi model sebuah hatcheri yang mengamalkan Amalan Akuakultur Baik kepada penternak yang berhasrat untuk mendapatkan pensijilan MyGAP dan Sijil Kualiti Ikan (FQC).
Fungsi
- Menjalankan aktiviti pengeluaran benih udang galah bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Membekal benih udang galah untuk pengedaran benih udang galah secara percuma, pelepasan umum dan program-program Jabatan Perikanan Malaysia.
- Memperkenal dan mengembangkan teknologi pembenihan udang galah.
- Membangun kapasiti modal insan dalam pembenihan udang galah dari kalangan kumpulan sasar termasuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.
Keluasan
13 hektar
Beroperasi
1963
Spesies Ternakan
Benih Ikan Air Tawar
Fungsi
- Mengeluarkan benih ikan air tawar seperti tilapia merah, lampam sungai dan lampam jawa, lee koh, puyu, keli dan patin bersaiz 2.5 cm (1 inci) kepada penternak ikan air tawar dan juga untuk pelepasan ke perairan umum.
- Memberi khidmat nasihat dan khidmat teknikal kepada penternak yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan ternakan ikan air tawar dan aktiviti pengeluaran benih ikan.
- Melatih penternak secara ‘hands on’ dalam aktiviti pembiakan dan asuhan benih ikan kepada peserta yang menjalani kursus berjadual dan kursus sangkut di Pusat.
- Menjalankan khidmat pengembangan di premis kumpulan sasar secara in-situ
Keluasan
42 hektar
Beroperasi
2001
Spesies Ternakan
Ikan Asli
Fungsi
- Pusat pembangunan induk dan pembiakan ikan asli.
- Pusat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal akuakultur air tawar.
- Pusat demonstrasi dan penyebaran teknologi kepada kumpulan sasar.
PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR MACHANG
Km 37, Jalan Kuala Krai,18500 Machang,
Kelantan
- 09-975 1644
- 09-975 1541
- dof_kelantan@dof.gov.my
Keluasan
4.8 hektar
Beroperasi
1975
Spesies Ternakan
Fungsi
- Maklumat sedang dikemaskini.