Program myKomuniti Perikanan (myKP) telah dilancarkan pada 4 Disember 2017 oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Perindustrian Asas Tani (MOA) dan dijadikan sebahagian program utama dalam membina ikatan penghubung bersama semua kumpulan sasar Jabatan Perikanan Malaysia bermula pada tahun 2018. Program ini selaras dengan semangat rebranding myDOF dan Aspirasi Perikanan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi di mana ia disusun dan diperkemaskan bagi menyelaraskan semula halatuju yang bersesuaian dengan cabaran masa hadapan negara. Sebanyak 153 myKP telah ditubuhkan sehingga Mac 2021 di seluruh Malaysia.
- Baca dan muat turun Buku myKP
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Cawangan Pengembangan dan Komuniti Perikanan
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
Aras 3, Podium 1, Blok 4G2, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
62628 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03 – 8870 4542 / 4594
No. Faks : 03 – 8870 4551
Kerajaan telah mengambil langkah produktif menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi 1.0 (PRE 1.0) bagi mendepani kesan Covid-19 untuk memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Antara strategi PRE 1.0 adalah memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat. Dalam konteks ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan dua (2) projek iaitu Projek Bantuan Kabin Fisheries Transformation Center (FTC) dan Projek Bantuan Perkakas dan Peralatan Peranti Pengumpulan Ikan (Unjam). Pelaksanaan projek melibatkan 13 buah negeri setelah mengambailkira keperluan komuniti nelayan melalui sesi libat urus yang dijalankan di peringkat negeri.
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Cawangan Pengembangan dan Komuniti Perikanan
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
Aras 3, Podium 1, Blok 4G2, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
62628 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03 – 8870 4542 / 4594
No. Faks : 03 – 8870 4551

Pusat Transformasi Perikanan atau Fisheries Transformation Center (FTC) myKP adalah merupakan sebuah pusat operasi bagi myKP yang dibangunkan dengan menggunakan konsep kontena atau kabin mudah alih. Strategi FTC myKP adalah merupakan satu sokongan dan kesinambungan kepada program bantuan berkelompok yang dilaksanakan oleh jabatan kepada kumpulan sasar.
- Baca dan muat turun Buku Fisheries Transformation Center (FTC)
Projek Bantuan Perkakas dan Peralatan Peranti Pengumpulan Ikan (Unjam) melibatkan sebanyak 13 buah myKP di 11 buah negeri di mana myKP digunakan sebagai medium pelaksanaan bagi menepati konsep penyaluran bantuan secara bersasar, berfokus dan memberi impak yang berganda. Unjam ialah peranti pengumpulan ikan yang diguna pakai oleh nelayan pantai bagi membantu operasi penangkapan ikan dan perikanan rekreasi. Kaedah penangkapan ikan dengan bantuan unjam boleh meningkatkan tahap kecekapan penangkapan ikan dan mengurangkan kos operasi nelayan.
- Baca dan muat turun Buku Pembinaan Unjam Pesisir Pantai