Kolaborasi Penyelidikan

Utama » Perkhidmatan » Penyelidikan » Kolaborasi Penyelidikan

Projek DOF-JIRCAS (2014 – 2015)

Pada tahun 2014, sejumlah 3 projek telah dilaksanakan di bawah kerjasama dengan JIRCAS (Japan International Research Center for Agriculture). Projek-projek ini telah berjalan sehingga tahun 2015. Butiran setiap projek adalah seperti berikut:

Ketua Projek: Dr Alias Man, FRI Kg. Acheh

Selangor adalah salah satu negeri penghasil kerang (Anadara granosa) yang utama di Semenanjung Malaysia. Kawasan pembenihan kerang semulajadi di sini dikatakan sebagai yang terbesar di Malaysia. Pengeluaran kerang dari negeri ini adalah tinggi untuk pasaran tempatan dan juga diekspot. Benih yang dikutip dari kawasan ini juga diedarkan kepada plot ternakan kerang yang lain di seluruh negara. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang kemerosotan alam sekitar di kawasan ini disebabkan aktiviti ternakan kerang yang intensif sejak 2008 dan aktiviti pembangunan seperti perladangan, pertanian, pembangunan pelabuhan, penambakan dan pembinaan empangan. Justeru itu, terdapat keperluan untuk membangunkan sebuah model pengurusan perikanan yang berkesan untuk kerang.

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data biologi, data ekologi dan alam sekitar, termasuk peringkat larva awal dan kitaran kehidupan kerang dan maklumat fizikiko-kimia di kawasan ternakan. Berdasarkan data ini, satu model ekologi akan dibangunkan dan daya tampung ternakan kerang akan ditentukan. Matlamat akhir projek ini adalah untuk menawarkan pelan pengurusan mampan untuk pengeluaran kerang di Selangor.

Ketua Projek: Dr Wan Norhana Noordin, FRI Batu Maung

Kawasan persisiran pantai Selangor adalah antara kawasan ternakan kerang yang utama di Malaysia. Ini adalah kerana lokasinya yang sesuai, logistik yang mencukupi dan kerjasama baik yang wujud di antara penternak dan Jabatan Perikanan. Walaupun sangat sesuai dari segi geografi terdapat faktor-faktor lain yang perlu dikaji untuk memastikan kerang yang dihasilkan selamat untuk dimakan.

Dari tinjauan pembacaan, maklumat mengenai status sanitasi kerang atau perairan kerang dari pantai Selangor adalah sangat sedikit dilaporkan. Justeru di bawah kerjasama dengan JIRCAS, satu kajian telah dijalankan dari tahun 2013-2015 untuk memantau kualiti kerang yang dihasilkan dari kawasan ternakan kerang di perairan Selangor:

  • Bagan Nakhoda Omar (N 3′ 44” 21.66”’, E 100′ 52” 30.72”’);
  • Sungai Besar (N 3′ 38” 53.88”’, E 100′ 58” 46.38”’) dan
  • Bagan Sungai Buloh (N 3′ 15” 31.14”’, E 101′ 17′ 9.18”’).

Objektif kajian adalah untuk menentukan pencemaran bakteria penunjuk pencemaran najis dalam tisu kerang dan air laut, menentukan kehadiran virus Hepatitis A dalam tisu kerang, mengesan kehadiran biotoksin marin (PSP) dalam tisu kerang, menganggar kehadiran fitoplankton yang berbahaya dalam air laut dan akhir sekali untuk mengesan kandungan logam berat di dalam tisu kerang. Kajian masih berjalan dan keputusan yang diperolehi nanti akan digunakan untuk mengkelas perairan kerang di Selangor seperti yang dikehendaki oleh WTO di bawah perjanjian SPS (Sanitasi dan Fitosanitasi). Maklumat ini adalah penting sekiranya kerang yang dihasilkan ini hendak diekspot ke luar Negara.

Ketua Projek: Dr. Siti Zaharah Abdullah, NaFisH

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jangkitan WSSV dalam ternakan udang banyak menyebabkan kerugian besar kepada industri. Satu kajian mengenai epidemiologi dan penjelasan tentang laluan penyebaran penyakit-penyakit virus udang telah dijalankan untuk menjelaskan tentang distribusi geografi dan laluan sebaran jangkitan virus bintik putih (WSSV) dalam Udang Harimau (Penaeus monodon) di Semenanjung Malaysia. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2012 dan akan selesai pada tahun 2015.

Objektif khusus kajian adalah untuk menentukan sumber, laluan sebaran jangkitan dan distribusi geografi penyakit-penyakit virus udang termasuk WSSV di Semenanjung Malaysia. Surveilan di lapangan telah dijalankan di 14 ladang udang di Perak, Pulau Pinang dan Kedah tetapi hanya sembilan (9) ladang telah dipilih untuk kajian epidemiologi. Semua sampel bebas daripada WSSV, Infectious Mionecrosis Virus (IMNV) dan Taura Syndrome Virus (TSV). Walau bagaimanpun, sampel-sampel didapati positif untuk Yellow Head Virus (YHV) dan Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV). Ketiga-tiga baka induk yang diperiksa dikesan positif untuk IHHNV tetapi hanya salah satu positif YHV.

Kajian ini telah membantu NaFisH dalam meningkatkan pengetahuan mengenai epidemiologi dari sudut pandangan yang berbeza seperti pengurusan, faktor persekitaran dan juga fisiologi udang itu sendiri. Kerjasama yang berterusan diharap akan memberikan perspektif yang lebih baik tentnag bagaimana untuk menangani masalah penyakit virus melalui pengurangan terutama risiko-risiko yang mewujudkan persekitaran yang tidak mesra dan sekaligus membawa kepada masalah penyakit.

Projek DOF-JIRCAS (2016 – 2020)


Program
: Development of Technologies for Sustainable Aquatic Production in Harmony with Tropical Ecosystem

Pegawai Terlibat: Pn. Masazurah binti A. Rahim

Berikut adalah senarai projek-projek penyelidikan yang dijalankan dengan kolaborasi daripada Institusi Pengajian Awam pada tahun 2018:

Bil.Institusi Pengajian Awam (IPTA)Projek
1. UPM, UIA, UMKEffectiveness of SirehMAX
2. UPM, UIA, UMKEvaluation of SirehMAX as Control Against Aeromonas sp in Semah Mahseer
3. UPM, UIA, UMKPathogenicity Study Of Aeromonas hydrophila Against Local Malaysia Mahseer
4. UPM, UIA, UMKVaccination of Tiger Grouper Epinephelus fuscoguttatus Larvae Through Bioencapsulation of Live Feed
5.UPM, UIA, UMKEffect ff Bioencapsulation of herbal Diet in Rotifer on Growth and Survival of Marine Fish Fry against Vibriosis
6.UPM, UIA, UMKProduction of Axenic Rotifer (Brachionus plicatilis) in RAS System
7.UPM, UIA, UMKEfficacy of Piper Betle Crude Extract in Controlling Vibriosis in Culture Sea Bass
8.UPM, UIA, UMKPrevention of Motile Aeromonad Septocemia (MAS) in Cage Cultured Patin (Pangasius hypophthalmus) at Termeloh Pahang
9.UPM, UIA, UMKDiseases of Striped river catfish. Pangasius hypophthalmus cultured in Pahang and Perak rivers.
10. UPM, UIA, UMKAntibody Responses by Tiger Grouper (Epinephelus fuscoguttatus broodstock Following Intraperitoneal Injection of Vibro alginolyticus Vaccine
11. UPM, UIA, UMKScreening of Herbs Against Pathogenic Fish Bacteria
12. UPM, UIA, UMKAssessment of Intestinal Immunity Development in Juvenile Tiger Grouper, Epineplus fuscoguttatus (Forsskal, 1775)
13. UPM, UIA, UMKMolecular Characterization of Channel Catfish Virus (CCV) isolated from Pangasius hypophthalmus
14. UPM, UIA, UMKModified Immunoperoxidase Method for Channel Catfish Virus (CCV) Detection
15. UPM, UIA, UMKIn vitro Propagation of Channel Catfish Virus (CCV) isolated from Pangasius hypophthalmus

Perkhidmatan